" Kanser paru-paru merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama keatian akibat kanser di Malaysia. 95% daripada pesakit kanser paru-paru meninggal dunia dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosa dilakukan."
90% kanser paru-paru disebabkan oleh amalan merokok. Jika anda adalah seorang perokok, anda munkin tergolong dalam golongan ini. Kejadian kanser paru-paru juga tinggi di kalangan orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok (perokok pasif)
● Apakah kanser paru-paru
Kanser paru paru merupakan pertumbuhan sel-sel abnormal di dalam paru-paru yang tidak boleh dikawal. Sel-sel ini tidak dapat mengawal pembiakannya secara teratur dan menghasilkan satu ketumbuhan yang disebut tumor.
Jika tumor ini tidak merebak kebahagian lain , ia disebut tumor benigna. Sebaliknya jika tumor tersebut merebak ke tisu-tisu dan organ-organ yang berhampiran atau metebak ke saluran darah dan limfa, ia adalah tumor maglinant (kanser).
Apabila sel kanser merebak melalui sistem limfa, ia boleh menyebabkan kelenjar limfa membengkak . Apabila ia menyusur melalui saluran darah, ia boleh merebak ke seluruh anggota badan.
● Apakah penyebab Kanser paru-paru
Merokok merupakan penyebab utama kanser paru-paru. Asap tembakau mengandungi lebih kurang 4000 jenis kimia yang berlainan. Sekurang-kurangnya 43 daripada bahan kimia tersebut diketahui punca kanser.
Pekerjaan yang mendedahkan pekerja dengan asbestos dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser paru-paru. Lain-lain pekerjaan yang dikaitkan dengan kanser paru-paru meliputi kerja-kerja yang berhubung rapat dengan pemprosesan keluli, nikel,krom dan gas arang batu.
● Tanda-tanda daan gejala kanser paru-paru
Gejala ini bergantung kpada saiz dan tempat kanser paru-paru itu wujud. Pada peringkat awal kanser paru-paru, munkin tidak mempunyai sebarang gejala dan tumor terrsebut munkin ditemui secara tidakc sengaja melalui X-ray dada.
Tanda-tanda biasa ialah :-
~ batuk yang berterusan
~ sesak nafas
~ kahak berdarah
~ kurang berat badan
~ sakit dada
~ suara garau
● Rawatan kanser paru-paru
Kanser paru-paru selalunya susah dikesan di peringkat awal. Jika ia dikesan pada peringkat serius rawatan amat sukar dilakukan. Hanya lebih kurang 5% dapat hidup dan sembuh selepas diagnosa dilakukan.
Kanser paru-paru boleh dirawat melalui 3 kaedah utama iaitu :-
1.Pembedahan
2. Kimoterapi
3. Radioterapi
Jenis rawatan ini juga bergantung kepada saiz keadaan perebakan dan histologi kanser paru-paru tersebut.
● Pencegahan kanser paru-paru
1. Berhenti merokok
Perokok hendaklah berhenti merokok dan orang yang tidak merokok hendaklah menjauhi diri dari tabiat ini. Kepada perokok, lebih lama anda berhenti lebih rendah risiko anda untuk mendapat kanser paru-paru.
Mereka ini telah berjaya berhenti merokok dengan ikhtiar melalui VIVIX. ANDA NAK CUBA ?
Berminat hubungi saya Izati 011-2301 6492
Harga menarik menanti anda










No comments:
Post a Comment